Bismilahirohmaanirrohim,
alhamdulilah bisa ngeblog lagi hari ini saya akan ngeblog tentang
ayo mari simak n' semoga anda suka
hehehee
• Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar),
terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka
menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah.
• Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol
keluar. Di antara dua matanya tertulis “Kafir” (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca
oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.
Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah
menceritakan tentang kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani
telah memeluk agama Islam, mengenai Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah
bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal bersama 30 orang lelaki
berbangsa Lakhm dan Judzam.Mereka telah dilambung ombak selama sebulan dan akhirnya,
mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka bertemu dengan
seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara
bahagian depan dan belakangnya. “Siapakah kamu?”, teriak mereka dan
dijawab oleh binatang itu, “Aku adalah Jassasah.” Tanya mereka lagi,
“Apakah Jassasah itu?” dan jawabnya lagi, “Wahai kaum, pergilah kamu menemui
seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat mengharapkan
berita daripada kamu semua.”
Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya
dan kuat anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya
diikatkan kepada leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya.
Mereka pun menanyakan siapakah beliau sebenarnya dan jawabnya,”Kamu semua telah
ditakdirkan untuk mengetahui akan keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini.”
Lalu, mereka memberitahu siapakah mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ.
Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,”Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan.”
Mereka bertanya, “Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?” Beliau berkata,”
Aku bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?” Jawab mereka,”Ya.”
Lalu beliau berkata,” Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku
tentang danau Thabariyah.”
Mereka bertanya lagi, “Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?” Balasnya,
“Adakah ia masih berair?” Jawab mereka, “Banyak.” Katanya, “Sesungguhnya airnya
hampir-hampir kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher.”
Merekapun bertanya kepadanya, “Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?”
Balasnya, “Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk
tanam dengan menggunakan air tersebut?” Mereka menjawab, “Ya. Di dalamnya
banyak air dan para penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam.”
Kata lelaki itu lagi, ” Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang
ummi (buta huruf), apakah yang dilakukannya?” Mereka menjawab,
“Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di Madinah.” Beliau bertanya lagi,
“Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?”. “Ya.” Jawab mereka. Soalnya lagi,”
Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?” Mereka menjawab,” Nabi itu telah
menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka
telah mentaatinya.” Kata lelaki itu, “Itu sudah terjadi.” “Benar.” Sahut mereka.
Maka,berkatalah lelaki itu,” Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku
memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal.
Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku
singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya
diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya,
aku dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk
menghalangiku. Di setiap celah dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
• Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam,
sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di
antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.
• Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara
kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.
• Dajjal akan berkata,” Aku adalah Tuhanmu,” padahal sebelah matanya
buta dan terdapat tulisan ‘kafir’ di antara kedua matanya.
• Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga
dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam ‘syurga’ itu ternyata
adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam ‘neraka’ itu ternyata adalah syurga.
• Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia.
Dia membawa satu fitnah yang amat besar.
• Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit
supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia
yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,”Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?”
• Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam,
tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.
• Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang
turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.
• Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam
yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya,
hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,”Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi.”
Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.
• Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad)
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
> “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami.
> Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh
> masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
> “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka
> bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang
> dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
> Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal.
> Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah
> umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang
> pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang
> sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka
> aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau
> dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang
> menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan
> menjaga orang-orang mukmin.
> “Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat
> antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia
> dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai
> manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan
> kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan
> oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
> “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
> sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah
> aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
> Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu
> lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
> sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama
> dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal
> itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap
> mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
> “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga
> dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya
> sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa
> di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya,
> hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan
> hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka
> nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang
> membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
> “Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada
> orang Arab:
> “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu
> yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau
> mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan
> berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar
> seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,
> sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu
> bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah
> dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
> “Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
> yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia
> katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan
> kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
> kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati
> tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu
> bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu,
> yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku
> adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
> Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia
> termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
> syurga.”
> Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya
> juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan
> tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
> mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh.
> Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia,
> Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik
> dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka
> disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan
> ternakan mereka tidak menjadi.
> “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
> percaya kepadanya dan penduduk kampung itu
> mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian
> hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman
> mereka pun menjadi.
> “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang
> tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.
> Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal
> kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani
> menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun
> demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar
> kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa
> bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan
> seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di
> Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
> orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal.
> Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
>
> Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu
> daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu
> tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman
> kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu
> tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun
> tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di
> satu tempat mengajak mereka supaya beriman
> kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka
> disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit
> supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya
> menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah
> mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
> Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
> bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun
> tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta
> dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai.
> Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah
> tidak dipercayai.”
> Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
> ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah.
> Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh
> malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.
> Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota
> Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang
> ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan
> cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan
> Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari
> ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
> Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi
> membersihkan karat-karat besi.”
> Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari
> Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah
> s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis.
> Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa
> menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau
> telah menceritakan Dajjal, maka saya takut
> mendengarnya.”
> Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang
> pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga
> kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah
> kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
> Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
> bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak
> berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada
> zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu
> hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang
> terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa
> satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti
> hari biasa.”
> Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang
> terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima
> waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah
> berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
> Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata:
> “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini
> berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
> menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu,
> sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau
> satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya
> menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:
> “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu
> berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.”
> Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan
> menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
> Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
> “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan
> hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.
> Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh
> hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.
> Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang
> rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian
> membunuh Dajjal itu.”
> Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal
> hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni
> beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang
> tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan
> 7,000 kaum wanita. Wallahu A’lam
Kedatangan Nabi Isa
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang
Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan
memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik,
iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir
ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya
kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah.
Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar
menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan.
Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam
kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti,
untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian
yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah.
Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan
segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di
tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik.
Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain
dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama
empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa
pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan
segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan
semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua
sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim,
selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu
sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit.
Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa
agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah,
ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka
pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka,
seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh,
tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang
kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang
bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”
Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.”
Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan
di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau
cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana
ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian
menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu.
Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi
akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud
termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi
yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya.
Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi
di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada
orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun.
Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan
seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi
kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di
pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam
waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah
jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana
dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan
membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu
tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada
orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling
cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah.
Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu
tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia
ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan
ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada
yang disembah selain Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan
cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia
akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”
Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini
dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain
yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim
dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan
memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan
sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang
muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya,
iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan
harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya
turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal,
membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika
itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w:
“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim,
Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan
permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab:
“Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya
kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:
“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya
tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang
dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku
ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia
pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan
membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu
dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku
ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”
Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka,
orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing.
Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni
bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung
dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka
memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis
makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan.
Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”
Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan
melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon
kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu,
Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang
cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang
bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia
terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan
lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan
kemudian hanyut ke laut.”
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara
untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT
menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya.
Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji
kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang
mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti
selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim,
dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia
selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang
mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu
sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke
langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia
selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT.
Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur
Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih,
Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT
memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan
dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti.
Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat
Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa
akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan
dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan
Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa